20 February 2011

Mayat bayi lelaki ditemui tepi sungai

PETALING JAYA 20 Feb. – Mayat seorang bayi lelaki yang sudah berbau busuk dan dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan di atas batu di tepi Sungai Kayu Ara di Bandar Utama Damansara di sini hari ini.

Bayi malang itu ditemui tidak jauh dari tempat letak kereta persendirian, kira-kira pukul 3.30 petang oleh seorang pemancing yang berada di kawasan tersebut.

Ketika ditemui, bayi itu masih bertali pusat dan dibungkus dengan plastik beg putih beserta dengan uri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bayi itu dipercayai ditinggalkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. – Utusan

* Puncanya adalah pergaulan bebas. Ia akan terus berlaku...

No comments:

Post a Comment