19 February 2011

Mati diserang lelaki bertopeng


RAWANG – Seorang penyelia kilang logistik ditemui mati selepas ditetak berkali-kali di seluruh badan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di kawasan perindustrian Jalan R2/2, Taman Pelangi di sini semalam.

Kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan M. Parguna, 30, dari Batang Kali mati kira-kira 20 minit selepas dia diserang oleh tiga lelaki bertopeng itu.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian berlaku sejurus selepas mangsa turun dari kereta Proton Wira yang dinaikinya.

Katanya, sebaik menyedari dia dikejar oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil, mangsa kemudian telah berlari ke arah restoran untuk meminta perlindungan.

“Bagaimanapun, belum sempat dia masuk ke dalam restoran tersebut, mangsa terlebih dahulu telah ditetak berkali-kali oleh suspek. - Kosmo

* Pembunuh - pembunuh itu masih ada di luar dan boleh melakukannya lagi kepada orang lain yang mungkin tidak mahu mengikut kata kumpulan itu...

No comments:

Post a Comment