BAGI menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat, Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) menganjurkan kem bina semangat selama dua hari di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat, baru-baru ini untuk 200 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh negara.
Bertemakan 'Explorer Camp - Flame of Success', kem itu menyasarkan matlamat melahirkan golongan pelajar berdaya saing, berhemah dan berani menghadapi cabaran.
Selain itu, ia sebagai wadah memperkenalkan MUCH sebagai sebuah institusi terkemuka dan profesional dalam bidang sains kesihatan.
Sepanjang program, pelbagai aktiviti disusun bagi memastikan objektif sasaran tercapai, antaranya variasi sukan air seperti 'water confident', 'water floating exercise', 'water crossing' dan 'water rafting'.
Melaluinya, peserta perlu berani dan bersemangat mengharungi pelbagai cabaran yang disediakan bagi meningkatkan keyakinan dan kebolehan diri.
Lebih membanggakan apabila pelajar orang kurang upaya (OKU), Imran Putera Hamdan, merangkul gelaran peserta lelaki terbaik meskipun mempunyai fizikal kerdil manakala Nurul Naquiah Saiful Anuar mengungguli kategori perempuan.
Turut diadakan, sesi perbincangan kumpulan dinamik bagi mendedahkan teknik berfikir yang betul bagi mengenali potensi serta personaliti individu. - Mymetro
* Guru penakut mustahil lahirkan bangsa yang berani. Perlu ada kempen "Selamatkan Guru Malaysia".
No comments:
Post a Comment