24 February 2011

Lagi bukti liwat didedah

KUALA LUMPUR - Profil DNA Male Y yang ditemui pada dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan sepadan dengan DNA yang ditemui pada sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan botol mineral kosong yang dijadikan bahan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian pengesahan pakar kimia Makmal Forensik DNA Jabatan Kimia, Nor Aidora Saedon, 38, semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Saksi keenam pendakwaan itu berkata, beliau mendapati DNA pada ketiga-tiga barang kes tersebut sepadan dengan DNA Male Y yang dibuat Dr. Seah Lay Hong.

Lay Hong yang juga pakar forensik di Unit Jenayah Berat jabatan tersebut sebelum ini memberitahu wujud profil DNA Male Y selain DNA Mohd. Saiful sendiri pada dubur bekas pembantu Anwar itu. - Kosmo

No comments:

Post a Comment