25 February 2011

Kelibat Saiful dalam CCTV kondo

KUALA LUMPUR - Imej Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang memakai kemeja putih dan berseluar panjang hitam muncul dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara tempat didakwa berlaku kejadian dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd. Saiful yang merupakan bekas pembantu Anwar dirakam berada di dalam lif berseorangan menuju ke tingkat lima kondominium pada pukul 2.42 petang dan keluar pada pukul 4.35 petang.

Salah satu unit di tingkat lima iaitu lot 11-5-1 adalah tempat Mohd. Saiful mendakwa diliwat Anwar antara pukul 3.01 petang dan pukul 4.30 petang 26 Jun 2008.

Selain Mohd. Saiful, terdapat imej beberapa lelaki dalam CCTV tersebut yang memasuki kondominium dan menuju ke tingkat lima.

Kesemua imej berkenaan disahkan oleh Asisten Supritendan Fauziah Che Mat sebagai individu yang diminta oleh penyiasat kes, Deputi Supritendan Jude Pereira untuk dikenal pasti. - Kosmo

No comments:

Post a Comment