KUALA LUMPUR – “Kami sudah serik bekerja di sini (Jeddah) dan mahu pulang ke Malaysia.’’Itulah antara reaksi seramai 23 pramugari warga Malaysia yang kini hidup dalam kedaifan di Jeddah, Arab Saudi gara-gara tidak dibayar gaji oleh majikan mereka sejak empat bulan lalu.
Hasrat untuk pulang ke tanah air itu dinyatakan oleh salah seorang daripada mangsa kepada Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh melalui telefon semalam.
“Wakil kumpulan pramugari itu menghubungi saya dan beritahu ramai di antara mereka tidak mahu lagi bekerja dengan syarikat berkenaan sebaliknya mahu pulang ke Malaysia.
“Mereka mengharapkan ada pihak di tanah air sanggup membantu membawa mereka pulang,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Akhbar kelmarin melaporkan 23 pramugari warga Malaysia yang bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jeddah didakwa hidup dalam kesempitan dan terabai apabila syarikat berkenaan gagal melunaskan gaji mereka sejak empat bulan lalu.
Namun Muhd. Khairun mengakui usaha untuk membawa kesemua pramugari terbabit pulang ke tanah air bukan perkara mudah kerana ia melibatkan pelbagai prosedur. - Kosmo
No comments:
Post a Comment