PETALING JAYA: Pelawak Johan dan Zizan antara peserta yang bergabung tenaga bagi memberi saingan kepada peserta-peserta lain dalam sebuah program realiti pencarian pelawak terunggul daripada yang terhebat melalui program Maharaja Lawak bermula 1 April ini.
Program yang bakal diacarakan oleh bekas pengacara Akademi Fantasia, AC Mizal itu turut menampilkan beberapa pelawak popular yang lahir dari program Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani program realiti yang merupakan kesinambungan dari program Raja Lawak ini adalah bagi mengubati kerinduan peminat yang telah mengikuti program tersebut sejak musim pertama.
"Program ini menggunakan format yang sama seperti program Raja Lawak dan menampilkan hampir semua juara dan finalis dari musim pertama hingga kelima untuk berentap merebut gelaran Maharaja Lawak.
"Namun perbezaannya, para peserta bukan sekadar ditentukan sepenuhnya berdasarkan undian penonton melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tetapi akan diadili dengan pemarkahan daripada pihak juri sebenyak 50 peratus," katanya pada majlis pelancaran Maharaja Lawak, di sini, Selasa.
Tambah Nizam, kelongaran diberikan kepada peserta sama ada menyertai secara individu atau berkumpulan.
"Kali ini kita lebih terbuka dan membenarkan mereka untuk tampil secara individu atau berkumpulan asalkan memenuhi kriteria khas iaitu iaitu finalis Raja Lawak.
"Selain itu mereka juga diberi kebebasan untuk bergerak dan tidak ditempatkan di mana- mana lokasi khas selain diberi masa selama seminggu lebih awal untuk membuat persediaan sendiri," katanya.
Antara peserta lain yang bakal berentap ialah Nabil, Jihan, Amir, Alex, kumpulan Sepah, Kecik & Idlan, XN3, Yus& Tauke.
Manakala tiga peserta yang bakal menjuarai progam Raja Lawak 5 yang sedangberlangsung.
Sementara itu, Johan dan Zizan yang mengelarkan kumpulan mereka sebagai Jozan menganggap pertandingan ini sebagai memperkuatkan lagi jenama Jozan.
"Kami masuk bukan untuk menang semata-mata tetapi juga sebagai memperkuatkan branding Jozan.
"Kami mengambil keputusan untuk berganding bersama kerana keserasian yang kuat jika berdua berbanding seorang," kata Johan.
Manakala Zizan turut tidak menafikan kekuatan peserta-peserta lain dalam program tersebut.
"Masing-masing ada kelebihan sendiri, sukar untuk meramalkan persaingan yang akan terjadi. Apa yang boleh saya katakan, kami lebih malu jika menang tapi tidak kelakar," katanaya.
Pemenang yang dipilih sebagai Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000.
Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 dan RM100,000 setiap pemenang.
Tiga juri tetap dipertanggungjawabkan menilai persembahan para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan.
Maharaja Lawak bakal keudara setiap Jumaat, pukul 10 malam, menerusi Astro Warna dalam Pakej Mustika. - Mstar
No comments:
Post a Comment