02 February 2011

‘Jihad Jane’ mengaku salah komplot bunuh kartunis Nabi

Wanita Amerika Colleen LaRose yang menggunakan nama “Jihad Jane” mengaku salah atas tuduhan berkomplot mahu melakukan pembunuhan bersama pengganas Islam di negara lain. — Foto ihsan dari The GuardianPENNSBURG, 2 Feb — Seorang wanita Amerika Syarikat yang menamakan dirinya “Jihad Jane” dan “Fatima LaRose” mengaku bersalah di Pennsylvania berhubung tuduhan terlibat dalam komplot pengganas antarabangsa, yang dikaitkan dengan isu kartunis Nabi Muhammad s.a.w. dari Sweden.

Colleen LaRose dituduh berkonspirasi dengan pengganas-pengganas Islam dan dikatakan pernah berjanji untuk melakukan pembunuhan atas nama jihad, demikian menurut pendakwa raya semalam.

Sabit kesalahan dia boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan denda RM3 juta (AS$1 juta).

Wanita berusia 46 tahun ini dituduh berkomplot untuk membunuh Lars Vilks, kartunis Sweden yang melakar wajah Nabi Muhammad, lapor BBC dan The Guardian hari ini.

Dia ditahan di Philadelphia pada Oktober 2009.

“Pengakuan bersalah hari ini, oleh seorang wanita subbandar Amerika yang berkomplot dengan orang lain untuk melakukan pembuhan di negara lain dan menyediakan sokongan material kepada pengganas,” kata pembantu peguam negara bagi keselamatan kebangsaan David Kris semalam.

Defendan bersama LaRose, Jamie Paulin-Ramirez dari Colorado, mengaku tidak bersalah sejak wanita berkenaan ditahan di Ireland bersama beberapa pengganas lain.

Pada Jun 2008, LaRose mengedarkan pengakuan menerusi YouTube bahawa dia “terdesak untuk melakukan sesuatu untuk memberikan bantuan” demi mengurangkan kesengsaraan umat Islam.

Tindakannya menarik perhatian pejuang-pejuang jihad di Asia Selatan dan Eropah.

Justeru dia didorong agar menyertai mereka di Eropah dalam usaha membunuh Vilks.

Rangkaian Al-Qaeda meletakkan ganjaran RM300,000 (AS$100,000) ke atas kepala Vilks.

Kemudian LaRose menggunakan nama samaran “Jihad Jane” dan “Fatima LaRose” dalam sesi perbualan menerusi Internet dengan pejuang-pejuang jihad, yang kesemuanya dipantau rapat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI). - TheMalaysianInsider

No comments:

Post a Comment