DUNGUN 5 Feb. – Hasrat seorang ibu yang hamil lapan bulan untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam nahas di Kilometer 22, Jalan Paka-Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dekat sini petang semalam.
Rodiah Mohd., 25, seorang pegawai perkhidmatan pelanggan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Dungun di sini selepas terbabit dalam kemalangan itu.
Nahas berlaku kira-kira pukul 4.45 petang sewaktu kereta yang dipandu suaminya, Zuhairi Abdullah, 27, terbabas sebelum terhumban ke dalam cerun. – Utusan
No comments:
Post a Comment