25 February 2011

Dihukum mati dera anak kekasih

KANGAR – Mabuk dadah yang dijadikan alasan oleh seorang penganggur yang didakwa membunuh anak kekasihnya tidak mendapat simpati Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kangar di sini semalam apabila dia diperintah menjalani hukuman gantung sampai mati.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memutuskan hukuman tersebut ke atas Mohd. Nizam Mohammad, 32, setelah pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Menurut Mohd. Zaki, tertuduh dalam pembelaannya gagal menimbulkan keraguan munasabah dengan hanya memberi kenyataan dia berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan kesalahan tersebut.

“Dalam kenyataan tanpa bersumpah yang dibuat tertuduh, tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu tetapi berada di bawah pengaruh dadah

“Pembelaan tertuduh itu bersifat memabukkan diri, oleh itu saya terpaksa menjatuhkan satu-satunya hukuman dalam pertuduhan ini iaitu menggantung tali di leher,” kata beliau. - kosmo

No comments:

Post a Comment