06 February 2011

Bawa Balik Pelajar Di Mesir Tidak Payah Dikalutkan

MOHD Najib Razak kesal dan menafikan dakwaan mengatakan kerajaan tidak ada wang untuk membawa balik pelajar dan rakyat Malaysia yang terjempit di Mesir pada waktu ini. Katanya kenyataan itu adalah satu pembohongan. Saya menyokong Najib dalam hal ini, tidak mungkin kerajaan ketiadaan wang. Bukankah pelaburan asing ke negara ini kian meningkat saat ini? Tak percaya cuba tanya menteri MITI, Mustapa anak lelaki sulung Setawa.

Najib juga telah melancarkan berbagai projek untuk membantu rakyat. Tenguk saja apa yang berlaku pada setiap kali pilihan raya kecil, berbillion ringgit diumumkan untuk projek segera. Ini bermakna kerajaan ada duit. Kalau setakat nak bawa pelajar dan rakyat Malaysia seramai 11,000 berapa lah sangat. petik saja jari duit akan jatuh berburai. lagi berita

No comments:

Post a Comment