20 February 2011

Anggota tentera ditahan cuba lari sekatan jalan

KUALA LUMPUR — Akibat cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya, seorang anggota tentera ditahan dalam Operasi Samseng Jalan Raya yang diadakan di sekitar Dataran Merdeka awal pagi ini.

Ketua Unit Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, ASP Azmi Wahid berkata lelaki yang berumur lingkungan 20-an itu ditahan ketika cuba melarikan diri dengan motosikalnya daripada ditahan sepasukan anggota trafik yang menjalankan tugas dalam operasi itu.

"Bagaimanapun tindakan anggota terbabit dengan memecut motosikalnya bagi melarikan diri daripada ditahan gagal, ekoran kecekapan anggota trafik yang pantas dapat menghalangnya,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis mendapati anggota tentera itu tidak memiliki lesen memandu.

"Selain itu siasatan awal mendapati anggota yang bertugas di Kem Mersing itu juga tidak hadir bekerja beberapa hari yang lalu,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment