26 January 2011

Pengebom tidak akan terlepas hukuman - Putin

MOSCOW 26 Jan. - Perdana Menteri, Vladimir Putin berjanji “hukuman tidak akan terlepas” terhadap pengebom yang menyebabkan 35 orang terkorban di sebuah lapangan terbang paling sibuk Rusia.

Sementara itu presiden, Dmitry Medvedev menggesa semakan kesemua rekod penerbangan dan turut mengecam kelemahan sistem keselamatan lapangan terbang tersebut.

Rangkaian televisyen NTV menyiarkan sekeping gambar yang dipercayai suspek utama yang melakukan letupan tersebut iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

Penyiasat berkata, ujian DNA perlu dilakukan sebelum keputusan disahkan. - Agensi

No comments:

Post a Comment