25 November 2010

Suami mangsa ditahan

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin mengesahkan pihaknya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita yang juga isterinya di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, tengah hari kelmarin.

“Lelaki terbabit kini suspek utama pembunuhan dan ditahan berhampiran lokasi kejadian tidak lama selepas polis mendapat maklumat berkaitan pembunuhan wanita berkenaan,” katanya, semalam. Dalam kejadian itu, Rohana Hamzah, 26, ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dikelar. Mayat mangsa ditemui pemilik rumah berkenaan dalam keadaan tertiarap dan tangan terkilas ke belakang selepas mengesyaki berlaku perkara buruk di rumah disewa pasangan terbabit sejak beberapa bulan lalu. “Kami memberi jaminan akan menyiasat kes ini secara menyeluruh dan berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Motif dan punca kematian belum diketahui dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut,” katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Mymetro

No comments:

Post a Comment