24 November 2010

PNB agih pendapatan 6 sen ASN3

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak enam sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Berimbang (ASN3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2010.

Agihan yang diterima itu meningkat sebanyak 0.5 sen berbanding 5.50 sen pada tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan pembayaran sebanyak RM7.3 juta yang akan dimanfaatkan kepada 10,952 pemegang unit yang melanggan 121.02 juta ASN3. - Utusan

No comments:

Post a Comment