24 November 2010

JPJ buka tawaran nombor ‘MCA’ hari ini

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Kontroversi berhubung nombor pendaftaran kenderaan bagi Melaka iaitu MCA, berakhir apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran untuk memiliki nombor itu kepada orang ramai mulai esok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, nombor pendaftaran siri MCA 1 hingga MCA 9999 akan ditawarkan kepada orang ramai sehingga 14 Disember ini.

“Orang ramai yang berminat mendapatkan nombor pendaftaran itu boleh memohon di mana-mana pejabat JPJ atau melalui lawan web jabatan tersebut.

“Borang permohonan kemudian perlu dimasukkan ke dalam peti tawaran nombor pendaftaran di Kompleks JPJ Melaka di Bukit Katil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, keputusan tawaran nombor pendaftaran itu akan diumumkan selepas dua minggu tarikh tutup.

Pada 23 September lalu, Solah mengesahkan pernah menerima surat yang meminta supaya tender nombor pendaftaran kenderaan bagi Melaka iaitu MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka untuk tawaran umum sehingga ia diumumkan.

Surat itu yang dikatakan daripada Menteri Pengangkutan meminta nombor pendaftaran berkenaan hanya diberikan kepada ahli parti MCA.

Bagaimanapun Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha membatalkan arahan tersebut. - Utusan

No comments:

Post a Comment