MIRANSHAH 20 Nov. - Sekurang-kurangnya tiga anggota kumpulan pemberontak terbunuh apabila jet pejuang tentera Amerika Syarikat (AS) memusnahkan sebuah kenderaan di Waziristan Utara semalam, kata pegawai keselamatan Pakistan.
Pegawai keselamatan yang enggan dikenali itu berkata, jet pejuang AS melepaskan dua peluru berpandu ke arah kenderaan berkenaan ketika ia melalui kawasan Mir Ali di sempadan Afghanistan yang dikenali sebagai kubu kuat kumpulan Taliban.
Kesemua identiti anggota kumpulan pemberontak yang terbunuh dalam serangan itu masih belum dikenalpasti. - AFP
No comments:
Post a Comment