23 November 2010

i-Walk canggih, berkonsep komuniti


SHAH ALAM - Pemaju projek i-City, I-Berhad bercadang untuk mengguna pakai konsep komuniti berpagar serta berpengawal di seluruh kawasan perumahan, pejabat dan premis perniagaannya yang berkeluasan 29 hektar di Seksyen 7 di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eu Hong Chew berkata, pihaknya kini dalam perbincangan akhir dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengenal pasti kaedah pelaksanaan konsep tersebut.

"Konsep ini bukan sahaja menyentuh tentang aspek penambahbaikan keselamatan, tetapi juga daripada segi pengurusan trafik dan lampu jalan, landskap serta kerja-kerja penyelenggaraan.

"Banyak lagi perbincangan yang perlu dibuat kerana ia melibatkan garis panduan khusus dan umum sebelum konsep ini boleh dilaksanakan," katanya. - Kosmo

No comments:

Post a Comment