21 November 2010

Dua beranak nyaris maut ditetak perompak

PANTAI REMIS: Seorang warga emas dan anak lelakinya nyaris maut selepas ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga perompak yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Matang Acheh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman, berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, Che Omar Ahmad, 58, dan anaknya Saiful Che Omar, 25, bagaimanapun hanya cedera di beberapa bahagian badan, kepala dan kaki.

"Mereka dimasukkan ke Hospital Seri Manjung," katanya kepada pemberita. Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama enam anggota lain keluarga yang sedang tidur menyedari rumah mereka dimasuki orang.

Katanya, tiga suspek berkenaan yang memakai topeng muka telah mengumpil sebuah tingkap di bahagian dapur sebelum masuk ke dalam rumah.

"Kehadiran penceroboh disedari Saiful yang terus bergelut dengan mereka sebelum ayahnya tersedar dan datang membantu.

"Kedua-dua beranak diserang oleh suspek yang menggunakan parang dan mereka melarikan diri selepas kedua-dua mangsa rebah," katanya.
Mohd Jamil berkata, hanya empat telefon bimbit milik keluarga itu dilarikan.

Katanya, polis percaya jenayah berkenaan dilakukan oleh warga asing dan operasi memburu mereka sedang dijalankan. - BERNAMA

* Masih kata Malaysia aman di bawah Umno?

No comments:

Post a Comment