24 November 2010

Anwar dibenar perolehi laporan protokol perubatan

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan borang laporan protokol perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Borang yang dikenali sebagai 'pro-forma' adalah dokumen standard yang digunakan semasa menangani kes penganiayaan seks. Ia dikatakan mempunyai butiran pemeriksaan perubatan yang dijalankan ke atas pengadu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau membenarkan permohonan itu kerana dokumen berkenaan sudah dirujuk saksi ketiga pendakwaan - Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur ketika mahkamah berhenti rehat.

Beliau bagaimanapun, menolak permohonan pembelaan supaya saksi itu dikenakan perintah menghina mahkamah atas tindakannya itu. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment