
PHNOM PENH 23 Nov. - Sekurang-kurangnya 349 maut, sementara beratus-ratus yang lain cedera selepas rempuhan berlaku di sebuah festival di ibu negara ini, dalam satu tragedi yang disifatkan Perdana Menteri, Hun Sen sebagai paling buruk sejak kekejaman rejim Khmer Rouge.

Orang ramai yang hadir bagi meraikan penghujung musim hujan di sebatang sungai, panik dan cuba melarikan diri melalui jambatan, namun banyak mangsa jatuh dan dipijak sementara ada yang lemas selepas terjatuh ke sungai.
Mangsa yang hilang kawalan bergelut menyelamatkan diri masing-masing, menyebabkan tolak-menolak berlaku dari semua arah.
Selepas insiden, mayat mangsa dilihat bergelimpangan di atas jambatan. - AP
No comments:
Post a Comment