JAKARTA - Video empat minit yang memaparkan tentera Indonesia sedang menyeksa seorang ahli gerakan pemisah warga Papua dikeluarkan daripada :YouTube: kerana jalan ceritanya yang menjijikkan dan mengejutkan. Akhbar The Jakarta Post melaporkan, video tersebut dimuat turun oleh Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Asia pada Sabtu lalu dan dikeluarkan daripada laman YouTube, awal semalam.
Video tersebut memaparkan bagaimana tentera Indonesia sedang menyeksa mangsa untuk mendapatkan pengakuan di mana gerakan pemisah Organisasi Bebaskan Papua menyimpan bekalan senjata api mereka.
Pihak YouTube terpaksa mengeluarkan video tersebut kerana paparan penyeksaannya yang amat teruk termasuk membakar alat sulit mangsa menggunakan bara.
Walau bagaimanapun, kesahihan video tersebut masih belum dapat dikenal pasti. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment