17 October 2010

Gadis misteri dakwa RM2,000 pula dikebas jin

JERTIH: Selepas beberapa hari menerima 'hadiah' berupa 15 biji batu termasuk delima, nilam dan zamrud dianggarkan berharga ribuan ringgit, keluarga gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, kini bersedih apabila mendakwa wang simpanan RM2,000 lesap.

Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, berkata wang simpanan hasil sumbangan orang ramai yang mengunjungi rumahnya, diletakkan dalam al-Quran tetapi didapati lesap semalam, dipercayai diambil jin yang menjaga anaknya.

“Bilik Siti Balqis sentiasa berkunci, malah orang lain tak berani masuk kerana bimbang ditimpa kejadian buruk,” katanya.

“Nasib kami bagai jatuh ditimpa tangga. Selepas penat melalui kejadian misteri menimpa Siti Balqis, kami diuji pula dengan kehilangan wang. Siti Balqis tidak dilarikan lagi sejak lima hari lalu, tetapi wang kami pula hilang," katanya.

Mengenai penemuan 15 biji batu bernilai tinggi yang tiba-tiba jatuh dalam rumahnya sejak tiga hari lalu, Norizan berkata, kejadian itu tidak lagi berlaku semalam selepas Siti Balqis mengalami kesakitan di badannya.

Katanya, dia juga menolak permintaan orang ramai yang mahu membeli batu berharga itu walaupun pada harga tinggi kerana dinasihatkan pakar perubatan Islam menyimpannya dalam bekas khas yang direndam dengan air zam zam bagi mengelak hilang.

Sementara itu, Siti Balqis yang diganggu dengan 12 kali percubaan mengghaibkannya oleh jin dua malam lalu, kini dalam keadaan lesu dan tidak berselera makan sambil dikawal ketat penduduk kampung selepas memberitahu tidak mungkin berjumpa keluarganya jika ghaib sekali lagi, sebaliknya hanya mayatnya. - BHarian

* Jin pun ketawa bila baca kisah ini...

No comments:

Post a Comment