17 April 2010

Zaid Selesa Dengan Sokongan Rakyat Hulu Selangor

KUALA KUBU BAHARU 17 April - Datuk Zaid Ibrahim yang telah disahkan bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil berkata beliau begitu selesa dengan sokongan yang diberikan oleh penyokong setempat.

"Saya berasa amat selesa dalam kempen kali ini dengan melihat kepada sokongan yang kuat dari seluruh jentera dan juga pengundi setempat.

"Selepas tinjauan dibuat saya melihatkan banyak masalah yang belum diselesaikan oleh pemerintahan BN sebelum ini seperti masalah di Felda dan isu pembangunan.

"Pembangunan disini memerlukan pelaburan yang besar, saya yakin dapat membantu penduduk Hulu Selangor dan dengan pengalaman yang ada saya boleh berbakti kepada rakyat di sini. Saya harap pengundi Hulu Selangor dapat memberi peluang kepada saya untuk membuktikan kemampuan saya dalam mengatasi masalah rakyat," kata beliau ketika menemui media di pusat media Pakatan Rakyat selepas penamaan calon pagi tadi.

Zaid menjelaskan isu beliau bukan penduduk tempatan bukan perkara utama dalam suasana politik sekarang.

"Walaupun isu saya bukan penduduk setempat tapi saya nak maklum saya sudah 30 tahun tinggal di Selangor dan bagi saya isu pengundi mahukan penduduk setempat bukan menjadi isu penting lagi. Dalam pilihan raya yang penting sekali adalah calon yang memahami masalah penduduk dan boleh menyelesaikan masalah penduduk setempat," jelasnya lagi. - SK

No comments:

Post a Comment