SHAH ALAM 13 April - Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh besi pembahagi jalan di kilometer 13.5 Lebuhraya Elite, berhampiran persimpangan ke Putra Heights dekat sini hari ini.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supt. Che Husin Omar berkata, dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu mangsa, Iby Eay Ezy Wey, 40, yang menetap di Kota Kemuning di sini dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Nilai, Negeri Sembilan.
Beliau berkata, mangsa yang memandu seorang diri meninggal dunia di tempat kejadian selepas merempuh besi pembahagi jalan dipercayai kerana cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapannya yang mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
"Mangsa yang memandu kenderan pelbagai guna (MPV) dipercayai memandu dengan laju dan berada di laluan tengah apabila cuba mengelak kenderaan di hadapannya dengan menukar laluan ke lorong kanan secara tiba-tiba.
"Bagaimanapun mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan sehingga menyebabkan kenderaannya remuk teruk dan mangsa tersepit di dalamnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Che Husin berkata, anggota bomba dan penyelamat terpaksa memotong kenderaan yang remuk itu bagi mengeluarkan mayat mangsa.
Beliau berkata, mangsa meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badannya akibat tersepit.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang dekat sini untuk bedah siasat dan suami mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian itu. - Bernama
* Rakyat mati di jalan-jalan raya di Malaysia. Patut kerajaan istihar darurat dan kerah tentera bantu kawal jalan raya.
No comments:
Post a Comment