04 April 2010

Tuduhan Koo Ham serius - Nazri

PADANG RENGAS 3 April - Kenyataan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa pihak polis akan menembak sesiapa sahaja yang tidak disukai adalah satu tuduhan serius.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tuduhan liar itu tidak sewajarnya diucapkan oleh seorang wakil rakyat kerana ia hanya akan menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap anggota polis.

''Ini perkara serius kerana ia satu tuduhan liar dan cukup bahaya yang dilemparkan kepada pihak polis," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis Hari Bertemu Pelanggan di Pejabat UMNO Bahagian di Lubuk Merbau dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Mohamed Nazri, Koo Ham mesti bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan itu.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kecewanya dengan apa yang berlangsung pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu baru-baru ini.

''Ini perkara yang amat mendukacitakan kerana apa yang berlaku itu hanya merugikan masa dan wang rakyat," katanya.

Koo Ham kini disiasat polis di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan bahawa polis mungkin menembak sesiapa yang tidak disukai secara sesuka hati pada satu sidang akhbar selepas sidang DUN pada Selasa lalu.

* "Norizan Salleh, 30, mendakwa ditembak sebanyak lima kali oleh polis ketika menaiki sebuah kereta bersama tiga orang rakannya serta turut ditendang dan dipijak selepas diheret keluar dari kereta itu, dalam satu kejadian di Kuala Lumpur". Contoh kejadian yang berlaku , sangat wajarlah rakyat sangsi dengan polis Umno ini.

No comments:

Post a Comment