KOTA BHARU 2 April – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu semua pihak kembali kepada peraturan bagi mengelakkan berlaku kekecohan sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.
Mursyidul Am Pas itu berkata, setiap kekecohan yang berlaku itu berpunca daripada sesuatu sebab.
Menurutnya, dewan adalah suatu tempat yang mulia dan tempat mereka yang cerdik dan tahu mengenai undang-undang untuk membincangkan sesuatu perkara.
"Untuk mengelak perkara seperti itu berlaku, kita kena kembali kepada peraturan dan undang-undang.
“Kalau akhirat kita kena ikut agama iaitu al-Quran dan hadis, kalau dunia kita kena ikut perlembagaan dan undang-undang. Semuanya adalah peraturan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kekecohan yang berlaku di Parlimen semalam dan DUN Perak antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. – Bernama
No comments:
Post a Comment