04 April 2010

Pulau Pinang had guna air

GEORGE TOWN – Pengguna di negeri ini akan dikenakan penalti sekiranya didapati menggunakan air lebih daripada 165 liter setiap hari mulai tahun depan.

Secara perbandingan, ini bermakna setiap penduduk di negeri itu hanya dibenarkan menggunakan kira-kira 16 baldi bersaiz normal sehari sahaja bagi setiap baldi yang menampung kira-kira 10 liter air.

Alasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, langkah tersebut bertujuan mengelakkan pembaziran penggunaan air oleh seseorang penduduk yang rata-ratanya menggunakan sebanyak 286 liter sehari pada tahun lepas. - Kosmo

No comments:

Post a Comment