17 April 2010

Polis nafi halang wanita jadi calon Bebas Hulu Selangor

HULU SELANGOR 17 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan dakwaan seorang wanita bahawa beliau dihalang untuk menyerahkan borang permohonan bagi bertanding atas tiket bebas, pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, wanita terbabit, 30-an sebenarnya tiba lewat, iaitu kira-kira pukul 9.55 pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya..tidak sekat mana-mana calon untuk daftar..mana-mana calon yang hantar borang kita cuba tolong segerakan.

"Kita tidak menghalangnya sebaliknya cuba membantu beliau yang tiba lewat itu untuk menghantar borang pencalonan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Penamaan dibuka 9 pagi dan ditutup 10 pagi.

Empat orang, termasuk dua calon bebas telah menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen kerusi Hulu Selangor 25 April ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment