10 April 2010

Pesawat terhempas: Presiden Poland dan isteri maut

MOSCOW 10 April - Sebuah pesawat yang dinaiki Presiden Poland Lech Kaczynski dari Warsaw, terhempas berhampiran sebuah lapangan terbang di barat bandar Smolensk, di sini, mengakibatkan 87 maut.

“Pesawat Tupolev Tu-154 itu melanggar pokok, terhempas dan terbakar.

“Presiden ditemani isterinya, ketua turus tentera dan Timbalan Menteri Luar, Andrzej Kremer,” lapor agensi berita Itar-Tass yang memetik Kementerian Kecemasan Rusia.

Kaczynski mengunjungi Smolensk sempena ulang tahun ke-70 pembunuhan beramai-ramai Katyn, apabila tentera Soviet membunuh beribu-ribu rakyat Poland.

Nasib Kaczynski bagaimanapun masih belum diketahui. - AP

No comments:

Post a Comment