12 April 2010

Pensyarah saman Naib Canselor

ALOR SETAR - Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) menfailkan saman terhadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi kerana didakwa melakukan konspirasi terhadap beliau sehingga menyebabkan dia gagal dinaikkan pangkat.Plaintif, Dr. Abdul Halim Mohamed, 42, menamakan Nordin selaku defendan pertama dan UUM sebagai defendan kedua.

"Permohonan telah diakui oleh MEU dan MEU telah bersetuju untuk kenaikan pangkat plaintif ke jawatan pensyarah kanan namun, tertakluk kepada Lulus Dalam Kriteria Kecemerlangan Akademik dan Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) menerusi sepucuk surat pada 22 Februari 2007," katanya di sini hari ini.

Namun, permohonan plaintif untuk kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan tidak berjaya berdasarkan mesyuarat MEU pada 30 November 2008 dan plaintif dimaklumkan mengenai perkara itu melalui surat pada 8 Januari 2009. Jelasnya, di dalam surat tersebut tidak dijelaskan langsung mengapa permohonan plaintif ditolak oleh MEU walaupun plaintif telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk kenaikan pangkat.

"Alasan yang diberikan kepada plaintif ialah permohonan plaintif terpaksa ditolak kerana defendan pertama iaitu Nordin tidak menyukai plaintif dari segi tingkah laku plaintif.

"Plaintif juga menuntut gantirugi teladan sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan pembayaran sebanyak RM200,000 sebagai kos pengajian yang ditanggung plaintif dibayar oleh defendan kedua. "Plaintif juga menuntut defendan pertama membayar gantirugi stress atau tekanan yang dihadapi oleh plaintif daripada 2006 hingga 2010 dan faedah sebanyak 8 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh," katanya. - Utusan

* Layan pensyarah yang sudah ada PHD begini? KPT jangan lihat dengan sebelah mata.

No comments:

Post a Comment