20 April 2010

Najib Sanggup Buang Iran Sebagai Kawan Untuk Puaskan Hati AS

Seperti satu tradisi turun-temurun satu phobia bagi kita rakyat Malaysia yang beragama Islam, seandainya terdapat pemimpin-pemimpin Islam kita yang memberikan sokongan kepada negara Barat yang menggunakan kuasa veto mereka untuk memberikan penindasan kepada mana-mana negara Islam yang tidak sehaluan.

Inilah yang sedang dilihat oleh rakyat Malaysia dari seorang Perdana Menteri 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang mana dengan secara terang-terang memberikan sokongan padu kepada tindakan kuasa besar Amerika Syarikat yang akan mengenakan sekatan ekonomi kepada negara Iran, sebuah negara rakan Malaysia dirantau ini.

Amerika akan mengenakan sekatan ekonomi kepada Iran berikutan negara tersebut menggunakan tenaga nuklear untuk kegunaan kemudahan asas negara itu. Tenaga nuklear di gunakan untuk kegunaan dan kepentingan rakyat Iran itu sendiri dan bukannya digunakan sebagai senjata untuk menyerang negara luar. Tenaga nuklear di utilisasikan untuk kemudahan tenaga elektrik negara itu. Apakah ianya satu kesalahan ?

Apakah ketika Perdana Menteri Malaysia menyatakan sokongan beliau terhadap sekatan ekonomi terhadap negara Iran baru- baru ini beliau telah memikirkan sedalam-dalamnya akan risiko yang akan diterima kelak ? Risiko paling utama ialah rakyat Malaysia yang tidak berdosa akan turut terhukum dek kebencian rakyat Iran kerana ‘kepintaran’ PM 1Malaysia yang kurang tepat?

Kita begitu terkejut sekali tindakan drastik negara China secara terang-terangan tidak menyokong tindakan sekatan ekonomi Amerika Syarikat ke atas negara Iran tetapi malangnya Negara Malaysia pula yang beria-ia menyokong tindakan sekatan ekonomi keatas negara Iran, apa sudah jadi dengan Najib ini?

Tidakkah beliau terfikir Malaysia akan dibenci gara-gara ‘sokongan beli jiwa’ itu? Hebat bukan? Malaysia sebuah negara berkecuali turut memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada negara Barat walaupun beliau teramat sedar bahawa sokongan itu bakal memberikan impak kepada Malaysia dan Iran yang juga sebuah negara sahabat ikrab seperti Malaysia?

Najib dengan gahnya menafikan wujudnya penjualan gas ke Iran dari Malaysia tetapi tidak menafikan pendirian Malaysia menyokong keputusan Amerika untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran? Sebab apa? Sebab ingin meraih sokongan dari Amerika kerana rakyat Malaysia sendiri sudah mulai muak dan jelak dengan pentadbiran Umno-BN.

Najib juga telah menampakkan sikap diktator dalam dirinya bila mana beliau telah menegaskan pendiriannya dengan menyatakan kerusi Hulu Selangor calonnya akan di berikan kepada calon MIC padahal kawasan berkenaan majoritinya adalah pengundi orang Melayu.

Mungkin orang Melayu boleh terima secara terpaksa walaupun terluka, alasan Najib bahawa MIC adalah rakan Umno dalam Barisan Nasional tetapi yang pelik Najib menolak pula calon saranan dari Presiden MIC tanpa sebab. Seolah-olah Samy Vellu diselekehkan.

Presiden MIC telah mengumumkan untuk meletakkan G Palanivel sebagai calon di Hulu Selangor. Begitu hebatnya kuasa Najib dengan berani menangkisnya. Beliau betah mengenepikan cadangan bersama rakan pakatan kepimpinan Barisan Nasional lalu memilih P Kamalanathan walaupun dari MIC tetapi lebih diibaratkan sebagai ‘PM’s favourite’ bukan kehendak Jawatankuasa Pusat MIC dan beliau bukan pilihan popular MIC.

Kalau di kenang kembali semasa Najib baru memegang tampuk pemerintahan negara Malaysia ini, kita sering mendengar janji-janji beliau kepada rakyat akar umbi bahawa beliau mahu menjenamakan semula Umno ke arah satu perubahan drastik mengikut citarasa akar umbi.

Sehingga kehari ini, kita tidak dapat melihat dan tidak mungkin terlihat perubahan yang di war-warkan dahulu. Apa yang terlihat hanyalah organisasi Umno yang sama, budaya Umno yang sama, tradisi Umno yang sama. Cuma ketuanya sahaja yang berbeza. Tidak dapat di nafikan Umno kelihatan lebih teruk dalam genggaman PM 1Malaysia dan Kak Mahnya. - SK

* Orang Islam di Hulu Selangor sudah tahu atau belum, UmnoBN bersekongkol dengan Yahudi dan Amerika ini. Jangan harap mufti sahaja nak jelas perkara ini. Lebih-lebih lagi yang dok kat Perak tu...

No comments:

Post a Comment