08 April 2010

Keputusan Mei Fun tidak beri kesan di Hulu Selangor

HANOI 8 April - Keputusan Ketua Wanita MCA Datin Seri Paduka Chew Mei Fun melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan tidak akan memberi kesan pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional percaya MCA akan menyusun semula kepimpinan pergerakan Wanita parti itu berikutan perkembangan tersebut.

"Dia dah buat keputusan. Itu pendirian dia. Dia tak boleh tarik balik,” kata Najib kepada para pemberita Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean di Pusat Konvensyen Kebangsaan di sini.

Beliau menyifatkan keputusan Mei Fun itu sebagai soal dalaman MCA.

Najib berkata, demikian ketika diminta mengulas keputusan Mei Fun melepaskan semua jawatan dalam MCA dan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat serta senator bagi

mengotakan janjinya untuk berbuat demikian jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA. - Bernama

No comments:

Post a Comment