Walaupun belum pasti tentang kegunaannya, orang ramai beratur panjang semata-mata untuk menjadi antara kumpulan pertama yang memiliki iPad.Sikap beli dahulu guna kemudian itu menyebabkan iPad tetap laris walaupun berlaku lambakan gajet elektronik seperti telefon bimbit pintar, komputer riba dan buku elektronik di negara berkenaan.
“Seorang pemain tenis profesional perlu mempunyai pelbagai jenama raket walaupun fungsinya sama,” kata seorang pembeli iPad, Beth Goza yang telah memiliki sebuah telefon pintar dan komputer riba.
Komputer iPad yang berfungsi seperti sebuah telefon bimbit dan komputer, memiliki skrin fungsi sesentuh tiga kali ganda lebih besar berbanding skrin iPhone selain sambungan Internet Wi-Fi serta dijual pada harga sekitar AS$499 (RM1,621) di AS. – AP
No comments:
Post a Comment