23 April 2010

Dua Bekas Exco Perak Bebas Tuduhan Rasuah

IPOH: Dua bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak bersama tiga individu lain dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. (Gambar:BEBAS ... Dua bekas Exco Pakatan Rakyat, Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi (kanan) dan Adun Changkat Jering Kapten (B) Mohd Osman Jailu menunjukkan tanda bagus selepas dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini. Turut dibebaskan daripada tuduhan sama ialah bekas Adun Bota, kapten (B) Usaili Alias, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Cul Hassan dan kontraktor, Fairul Ismail (di belakang). Kesemua mereka dituduh melakukan rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar pada tahun 2008. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh dalam keputusannya berkata keputusan dibuat kerana pihak pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie)

Dua bekas anggota Exco terbabit ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.

Kedua-dua mereka adalah bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas.

Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.

Kesemua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. - BERNAMA

* Tidak syak lagi, ini adalah hadiah kerana lompat parti...rakyat jangan biarkan Malaysia diperintah oleh puak-puak jahat jika tidak natijahnya akan mengena batang hidung kita. Mari kita ubah sebelum terlambat...

No comments:

Post a Comment