20 April 2010

Anugerah untuk rakyat Malaysia bernama Muammar Gaddafi

KUALA LUMPUR 20 April - Rakyat Malaysia yang dinamakan sempena nama pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan diberikan anugerah pada majlis Kesatuan Pelajar-Pelajar Libya di Malaysia di Universiti Putra Malaysia Sabtu ini.

Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Libya di Malaysia, Issa Mokhtar dalam kenyataan hari ini berkata, anugerah itu akan diberikan pada majlis jamuan tahunan pada pukul 7.30 malam sempena menyambut Hari Pelajar-Pelajar Libya di seluruh dunia.

Mereka yang bernama Muammar Gaddafi boleh menghubungi Issam melalui talian 019-3108400. - Bernama

No comments:

Post a Comment