BAGHDAD 20 April – Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa dua pemimpin al-Qaeda di Iraq terbunuh dalam satu operasi serangan bersama dengan tentera negara ini.
Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki mengumumkan pembunuhan Abu Omar al-Baghdadi dan Abu Ayyub al-Masri dalam sidang akhbar di Baghdad, awal semalam.
Komander tentera AS, Jeneral Raymond Odierno berkata, kematian itu berpotensi menjadi tamparan paling hebat terhadap kumpulan pengganas sejak bermulanya pemberontakan.
Menurut tentera AS, mereka terbunuh dalam serangan yang dilancarkan pada waktu malam di kawasan kubu kuat pengganas berhampiran Tikrit, kelmarin. – AP
No comments:
Post a Comment