ALOR GAJAH - Bagi peminat laman sosial Facebook ada cara baru untuk melayari ruangan itu iaitu sambil terapung di laut, atau jika tidak mampu bolehlah membaca pengalaman seorang warga emas, Dion Bakar.
Berusia 66 tahun, Dion atau nama sebenarnya Abu Bakar Mohamad, semalam mempamerkan keupayaannya mengapungkan diri selama satu jam di laut sambil melayari Facebook, menggunakan telefon bimbit dan membaca surat khabar.
"Saya pernah mengapungkan diri kira-kira 4 batu nautika dari pantai Pengkalan Balak. Saya juga pernah melakukan perkara sama di Sungai Pahang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah dekat sini.
Dion mendakwa beliau memperoleh 'ilmu' mengapungkan diri itu selepas menuntut di sekolah pondok di Demak, Jawa Tengah, ketika berusia 10 tahun dan pernah mengapungkan diri selama tiga hari di perairan berhampiran Pulau Jawa. - Kosmo
* Boleh pula ada talian internet di laut, biar betul...
No comments:
Post a Comment