27 March 2010

'Sokong Utusan, hati-hati dengan Malaysiakini'

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia meminta orang Melayu menyokong akhbar Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai “satu-satunya akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara”.

“Walaupun menjadi sasaran dan dibakar oleh pembangkang akhbar arus perdana lain lebih kepada komersial - dibedal kiri dan kanan, kita ucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia yang tetap berani (memperjuangkan isu-isu Melayu-Islam),” kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ucapan bersemangat anggota parlimen Pasir Mas itu disambut tepukan gemuruh daripada kira-kira 4,000 perwakilan yang hadir dalam mesyuarat agung pertama pertubuhan itu di PWTC di ibu negara hari ini.

Ibrahim bagaimanapun menyatakan kecurigaannya kepada media baru - laman web, portal berita dan laporan blog - seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang didakwanya mahu melaga-lagakan orang Melayu.

“Laman-laman web sebegini, seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider sikit-sikit, bekerja keras untuk melaga-lagakan orang Melayu, mahu memecahbelahkan orang Melayu,” katanya ketika menepis kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tentang PERKASA.

Nama Khary bagaimanapun tidak disebut secara langsung dalam ucapannya itu.

Pada 22 Mac lalu, Malaysiakini menyiarkan laporan dan sedutan wawancara eksklusifnya dengan Khairy menyentuh pelbgai isu mengenai PERKASA.

Menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi itu dilaporkan tidak bersetuju dengan retorik PERKASA yang disifatkan sebagai ofensif terhadap bukan Melayu dan tidak selaras dengan masyarakat Malaysia yang saling hormat menghormati.

Dalam ucapannya kira-kira 40 minit, Ibrahim yang berpakaian lengkap tradisional Melayu - berbaju Melayu hitam, bersamping dan bertengkolak - turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di akhbar milik Umno itu. - Malaysiakini

* Utusan adalah akhbar Umno yang tiada wibawa dan akan tenggelam bersama UmnoBN tidak berapa lama lagi.

No comments:

Post a Comment