02 March 2010

Salehuddin kecam timbalan presiden PKR, nafi kejar jawatan CEO GLC

KUALA LUMPUR, 2 Mac — Bekas setiausaha agung Datuk Salehuddin Hashim mempertikaikan kenyataan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dengan berkata, beliau kecewa kerana dikatakan “marah” sebab tidak ditawar jawatan mengetuai sayap pelaburan Selangor, Kumpulan Perangsang.

“Saya kecewa dengan insiden yang membabitkan Kumpulan Perangsang,” kata beliau sambil berkata tidak ingin menghuraikan dengan lebih lanjut kerana ia hanya akan memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang “saya pasti beliau tidak tahu-menahu tentang kenyataan media yang dikeluarkan oleh Syed Husin”.

“Memadailah bagi saya menyatakan bahawa sindiran Dr. Syed Husin terhadap saya adalah cukup untuk saya mendedahkan bahawa saya mempunyai rekod menghantar e-mel sulit kepada Datuk Seri Anwar,” katanya.

Salehuddin yang didakwa mendalangi ahli-ahli Parlimen PKR keluar parti berkata, Anwar sendiri mengarahkannya untuk mengambil tugas dan tanggungjawab tersebut bagi memenuhi aspirasi parti walaupun agak keberatan.

“Saya menjawab saya hanya akan mengambil tugas tersebut jika saya dibayar RM1 sebulan.

“Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan dokumen-dokumen sulit ini kepada umum. Memadailah untuk Syed Husin membuat kajiannya sendiri sebelum bercakap melalut.

“Semua ini direkodkan dalam komputer saya beserta bukti-bukti lain yang menunjukkan Datuk Seri (Anwar) telah menerima e-mel tersebut dan bertindak sewajarnya,” katanya.

Salehuddin menambah beliau berharap demi rakyat yang mendahagakan perubahan di negara ini, Syed Husin yang tinggi kalibernya, untuk sekurang-kurangnya menaikkan tarafnya dari taraf kebudak-budakan.

“Tetapi saya faham, buluh tua tidak boleh dilentur lagi,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan kira-kira dua jam selepas Syed Husin dalam kenyataannya menyifatkan Salehuddin marah kerana dilantik sebagai CEO Kumpulan Perangsang yang menawarkan gaji RM50,000.

Ia dikatakan menjadi punca kepada pergolakan dalaman PKR sekarang.

Salehuddin menambah agak melucukan apabila seorang pegawai tinggi parti yang sepatutnya membantu dalam usaha memperkukuhan parti ketika pemimpinnya terbelenggu dengan masalah peribadi, hendak meneruskan dendam peribadinya yang amat kebudak-budakan dan mencerminkan kecetekan pemikiran politik yang melanda pimpinan PKR.

Sehubungan itu kata Salehuddin, beliau telah berkhidmat sebagai setiausaha pengelola dan ketua staf Anwar selama empat tahun, sepenuh masa tanpa apa-apa bayaran.

“Setelah kejayaan pada PRU-12, saya merasakan saya telah membuat yang terbaik dan bersara ke kampung halaman.

“Tidak lama selepas itu, Anwar telah merayu untuk saya berkhidmat sebagai setiausaha agung sepenuh masa,” katanya.

Dengan berat hati, Salehuddin berkata beliau menerima tawaran tersebut dengan beberapa syarat, antaranya sebuah ibu pejabat parti yang lengkap, gaji yang mencukupi untuk staf dan memandangkan beliau telah berkhidmat sebagai setiausaha pengelola selama empat tahun dengan menggunakan wangnya sendiri untuk perbelanjaan pejabat.

“Saya meminta elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parkir, perjalanan, makan-minum dan sebagainya. RM9,000 adalah jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan masa yang telah saya curahkan dan gaji terakhir saya sebelum bersara, dan jika dibandingkan dengan jumlah besar yang telah dibayar kepada pelbagai individu dalam dan luar parti untuk menggembirakan dan mendiamkan mereka tanpa mereka perlu membuat apa-apa,” katanya.

Dalam kenyataannya Syed Husin berkata Salehuddin meminta gaji AS$3,000 sebulan tetapi dibayar RM9,000.

* Boleh jadi jutawan pengkhianat ini, kalau 1 e-mel 1juta jual pada Najib.

No comments:

Post a Comment