27 March 2010

RM600,000 baiki lif Pangsapuri Pandamaran Jaya

KLANG, 27 Mac: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad mengumumkan, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM600,000 untuk membaiki lif rosak di Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya.

Kerja-kerja pembaikan akan dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), ia akan dimulakan pada akhir bulan Mac dan dijangka akan disiap pada bulan Mei 2010.

Selaku Pengerusi Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar berkata Kerajaan Selangor sangat prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pangsapuri kos rendah di dalam negeri.

Katanya, ini di seluruh Selangor mempunyai 300 unit lif pangsapuri kos rendah perlu dibaiki di mana Pangsapuri Taman Permai Indah dipilih sebagai pakej kedua projek selepas 41 unit lif di kawasan Ampang dibaiki.

“Walaupun kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan yang terhad, kerajaan akan berusaha untuk membantu penduduk pangsapuri kos rendah,” ujarnya pada Majlis Kesyukuran Pembaikan Lif Kerajaan Selangor, dekat sini petang semalam. (Gambar kiri)

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, Ronnie Liu, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras Dun Pelabuhan Klang, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Klang, Ng Yap Hwa, Setiausaha Majlis Perbandaran Klang Mohamad Iksan, Pesuruhjaya Bangunan Klang, Ari Adam dan wakil PKNS. .

Beliau menyeru penduduk menjaga dengan baik lif selepas kerja-kerja pembaikan, jangan beranggapan ‘ini lif kerajaan’ atau ‘lif PKNS’, tidak menjaganya dengan baik dan melaporkan kerosakan kepada pesuruhjaya bangunan sebentar selepas pembaikan.

Iskandar juga berkata, kerajaan negeri menolong dalam meningkatkan kesedaran penduduk pangsapuri dengan melancarkan kempen ‘Pangsapuriku Ceria dan Bersih’ di seluruh Selangor.

Ronnie Liu pula berkata, langkah kerajaan negeri itu adalah berita sangat baik kepada semua warga pangsapuri kos rendah di Selangor.

Beliau akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan lebih banyak peruntukan itu bagi kawasan Klang.

Katanya, sungguhpun sumber kewangan sangat terhad, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan meletakkan kebajikan rakyat di kedudukan pertama bagi manfaat lebih ramai rakyat.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memperuntukkan kewangan untuk menyelesaikan dilema penduduk Taman Permai Indah.

Beliau dimaklumkan bahawa peruntukan itu berasal dari pakej rangsangan ekonomi Selangor dan percayai tindakan itu selaras dengan agenda merakyatkan ekonomi Selangor, iaitu berkongsi kekayaan negeri dengan semua rakyat.

Charles di dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Ng Yap Hwa menyeru penduduk mengambil bahagian dalam pengurusan JMB secara aktif pada masa depan untuk menangani masalah-masalah umum yang dihadapi oleh semua penduduk.

Katanya, pihak JMB harus menjalankan tugas-tugasnya iaitu mengutip bayaran air, elektrik dan penyelenggaraan, memantau kerja-kerja pembaikan kontraktor.

Tambahnya, penduduk harus membuat bayaran seperti yang ditetapkan oleh JMB dan memberi kerjasama sepenuhnya kerana jika gagal berbuat demikian akan melumpuhkan fungsi-fungsi JMB. - Harakahdaily

* Ini baru namanya rakyat didahulukan...

No comments:

Post a Comment