SHAH ALAM 3 Mac – Seorang penolong penerbit sebuah stesen televisyen swasta dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari kerana kesalahan melakukan persediaan persetubuhan di luar nikah.
Hakim Syarie Abu Bakar Mohd Daud menjatuhkan hukuman itu ke atas Roslan Abdul Rahman, 44, kerana didapati melakukan persediaan persetubuhan di luar nikah pada pukul 4.51 pagi, 11 Ogos 2009 di sebuah rumah di Pelangi Utama, Petaling Jaya.
Pasangan beliau, Siti Nor Ain Ahmad Patakon, 23, bekas wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen swasta pula didenda RM1,500 dan ditempatkan di pusat perlindungan wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam selama tiga bulan bagi menggantikan hukuman penjara.
Hakim Abu Bakar dalam penghakimannya berkata, beliau berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya menyabitkan kesalahan bahawa kedua-duanya bukan suami isteri semasa ditahan.
Kedua-dua mereka tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie Mohamad Saufi Mastorlani. – Bernama
* Hukuman tidak ikut syarak, majlis fatwa seribu bahasa.
No comments:
Post a Comment