02 March 2010

Pengawal keselamatan parah tertembak dagu sendiri

SHAH ALAM 2 Mac – Seorang pengawal keselamatan parah selepas tertembak pada bahagian dagu ketika sedang berehat di dalam sebuah van keselamatan yang berhenti di Taman Tasik Shah Alam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaludin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Mohammad Rahmat Misnan, 21, bersama dua rakan setugas baru selesai membuat penghantaran wang di sebuah bank di sini.

“Ketika kejadian mangsa sedang berehat di tempat duduk penumpang van keselamatan itu di Taman Tasik Shah Alam, manakala dua lagi rakannya sedang berehat di luar van berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, rakan Mohammad Rahmat mendengar bunyi tembakan dan apabila melihat ke dalam van berkenaan ternampak dia berlumuran darah pada bahagian muka.

"Mangsa parah selepas menembak dagu menggunakan pistol jenis revolver dan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu,” katanya.

Mohammad Rahmat kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. – Bernama

No comments:

Post a Comment