08 March 2010

Pakistan tangkap anggota Al-Qaida kelahiran Amerika

KARACHI 8 Mac - Agen perisik Pakistan berjaya menangkap Adam Gadahn, jurucakap bagi Al-Qaida kelahiran Amerika, dalam satu operasi di selatan bandar raya Karachi, kata dua pegawai dan seorang pegawai kerajaan semalam.

Penahanan Gadahn merupakan kemenangan besar bagi pasukan penentang Al-Qaida yang diketuai AS dan menunjukkan Pakistan kini memberikan kerjasama penuh dengan Washington. Ia susulan penahanan beberapa komander Taliban Afghan di Karachi.

Gadahn ditangkap di kawasan berselerak di selatan bandar raya itu beberapa hari lalu, kata dua pegawai yang ikut serta dalam operasi itu. Seorang pegawai kanan kerajaan turuh mengesahkan berhubung penahanan itu.

Bagaimanapun mereka enggan dikenali memandangkan tiada sebarang maklumat dikeluarkan oleh pihak berkuasa sehingga kini.

Gadahn yang juga dikenali dengan beberapa nama termasuk Yahya Majadin Adam dan Azzam al-Amriki, membesar di ladang kambing di Riverside County, California dan memeluk Islam di sebuah masjid berhampiran Orange County.

Dia berpindah ke Pakistan pada 1998, seperti didakwa FBI, dan dia dikatakan mengikuti kem latihan Al-Qaida selama enam tahun, berkhidmat sebagai penterjemah dan perunding kepad kumpulan tersebut.

Dia dikehendaki oleh FBI sejak 2004 dan ditawarkan hadiah AS$1 juta (RM3.5 juta) untuk sebarang maklumat sehingga dia ditangkap atau disabitkan. - AP

No comments:

Post a Comment