
Amaran tersebut dikeluarkan selepas sekumpulan wartawan hiburan tempatan menyuarakan rasa kurang senang terhadap pembukaan akaun tersebut yang menggelarkan mereka sebagai 'babi' dan 'jalang' yang tidak layak hidup di muka bumi.
Individu tersebut juga telah mencuri gambar-gambar wartawan daripada akaun Facebook peribadi masing-masing dan memasukkan entri dengan pelbagai kata hinaan.
Presiden Wham, Fauziah Raof berkata, persatuan tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk mengheret mereka ke mahkamah jika individu terbabit terus berdegil dengan meneruskan aktiviti mereka. - Mstar
No comments:
Post a Comment