KUALA LUMPUR, 7 Mac — Pelakon popular, Maya Karin dilaporkan mengakui kemelut rumah tangga yang dihadapi dengan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven terlalu rumit dan mungkin berakhir di Mahkamah Syariah dalam tempoh terdekat.
Walaupun belum bercerai, setakat ini kata Maya Karin, mereka membawa haluan sendiri dan perdamaian menemui jalan buntu.
“Hubungan kami rumit dan saya difahamkan Steven dalam proses memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah.
“Kita tunggu dan lihat sajalah di mana akhirnya. Saya serah kepada keadaan,” kata beliau dipetik Berita Minggu hari ini.
Sebelum ini, Maya yang juga Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49, mengakui rumah tangganya berdepan konflik.
Maya Karin dan Steven, seorang guru Matematik di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, Selangor bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta.
Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor pada 26 Ogos tahun sama. - www.themalaysianinsider.com
No comments:
Post a Comment