18 March 2010

KDN terima penjelasan China Press

PUTRAJAYA, 18 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpuas hati dengan pengakuan dan kesediaan akhbar China Press memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri berhubung laporan Ketua Polis Negara kemuka surat letak jawatan.

Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ahmad Abd. Aziz turut memberitahu bahawa, Ketua Editor akhbar berkenaan mengaku silap menyiarkan berita itu tanpa mengesahkan kebenarannya terlebih dahulu.

"China Press dan Ketua Editornya sedia memohon maaf dan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dalam masa terdekat." katanya pada sidang akhbar mengenai tindakan surat tunjuk sebab terhadap akhbar itu, di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment