KUALA KRAI 17 Mac – Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali sebagai “Sudin Ajaib”, lelaki yang didakwa mengahwini dan melarikan budak bawah umur, boleh didakwa sekurang-kurangnya atas empat pertubuhan di Mahkamah Syariah melibatkan perkahwinan bawah umur.
Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Mohd. Abdul Aziz Mohd. Noor berkata, ketika ini, pihaknya sedang menjejaki lelaki terbabit untuk menahannya sebelum didakwa di mahkamah atas pertuduhan itu.
Antara pertuduhan itu ialah mengahwinkan budak perempuan bawah umur tanpa kebenaran Pejabat Kadi, mengahwini secara paksaan, mengakadnikahkan perkahwinan, dan mengingkari perintah bermufarakah, mengikut Seksyen 8, 37, 39 dan 40 Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan Bil 2/2002.
"Mengikut enakmen itu, jika sabit setiap kesalahan itu boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan atau kedua-dua sekali,” katanya di sini, hari ini.
"Siasatan awal pihak kami mendapati perkahwinan lelaki terbabit dengan pasangan bawah umur itu tidak melibatkan ajaran sesat, tetapi ia lebih kepada unsur-unsur ketaksuban pengikut kumpulan tabligh itu dengan ketuanya,” katanya.
Mohd. Abdul Aziz berkata, penglibatan lelaki yang dikenali sebagai anggota tabligh itu membabitkan dua kes, iaitu kes membenarkan anak perempuannya bawah umur dengan anggota kumpulannya di Pasir Mas dan mengahwinkan dirinya sendiri dengan kanak-kanak lain, juga di bawah umur di Kuala Krai. – Bernama
No comments:
Post a Comment