27 March 2010

Kadar perceraian di Perlis di tahap membimbangkan

KANGAR 27 Mac – Keruntuhan institusi keluarga di Perlis membimbangkan berikutan 502 pasangan atau kira-kira 25 peratus daripada 2,037 pasangan Islam yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahun lepas berakhir dengan perceraian.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman berkata, bagi tempoh antara Januari sehingga pertengahan bulan ini sahaja, lebih 120 pasangan bercerai.

Punca perceraian antara lain ialah disebabkan masalah nafkah dan kecurangan, katanya semasa merasmikan mesyuarat agung ke-5 Persatuan Melayu Perlis (Pemanis) di sini hari ini.

Beliau memberikan contoh kes pasangan remaja yang mendaftar sebagai peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana tidak dapat menyediakan pendapatan yang mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bergelar suami isteri.

"Mereka sepatutnya bersedia dengan sumber kewangan sebelum berkahwin bagi mengelakkan diri daripada masalah selepas perkahwinan,” katanya.

Yang Dipertua Pemanis, Datuk Mohd. Zain Hamzah pula melahirkan kebimbangan dengan peningkatan gejala sosial yang melanda golongan remaja Melayu sejak kebelakangan ini.

Katanya, kebanyakan mereka alpa terhadap tanggungjawab dalam bidang pendidikan dan mempertahankan susila. – Bernama

* Ustaznya pula sibuk berceramah di negeri lain...

No comments:

Post a Comment