27 March 2010

Jangan bermusuh Perkasa jika mahu menang pilihan raya

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, yang berusia dua tahun, jika mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.

Pada masa yang sama Ibrahim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mahu Umno kembali kepada landasan perjuangan asal jika mahu kekal berkuasa.

“Orang berkata Perkasa hendak bersaing dengan Umno. Kita bukan bersaing dengan mana-mana parti, kita bukan bertanding dalam pilihan raya.

“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi.

“Kami mahu parti-parti politik ambil tindakan proaktif,” kata beliau dalam ucapan pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Perkasa di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Mstar

* Perkasa dilahirkan untuk mempercepatkan saat kemusnahan UmnoBN kerana orang bukan Melayu akan beralih angin sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat. Ini akan dizahirkan pada pilihanraya di Hulu Selangor nanti.

No comments:

Post a Comment